Trip ke Port Dickson dari Kuala Lumpur menaiki public transport.
Last weekend, plan nak pegi mandi dekat Pulau Kapas…..tiba
–tiba jatuh cinta dengan pantai dan laut lepas balik dari Pulau Manukan. Tapi
lepas cek dekat accuweather cuaca, adoi terus cancel plan. Mendung dan hujan
menanti .kalau duduk dekat takpe lah jugak. Telefon member yang stay Terengganu
tanya cuaca macam mana, sama je jawapan. Memang tengah hujan pun. Nasib baik
belum book pakej day trip pulau kapas tu.
Then decide pergi yang dekat jelah.
Teluk Kemang lah pilihan sebab before this dah pergi mandi dekat Pantai
Saujana,Port Dickson juga tapi kemudahan
limited macam toilet, surau,parking. Dan servis dari orang yang jaga kemudahan
tu sangat mengecewakan.
Dah bayar nak masuk tandas, berbaris nak masuk dekat setengah jam, bila masuk ada 3 tandas sahaja yang disediakan dan air bersih dah habis pulak. Nasib baik dalam kereta ada sediakan air bersih siap siap dalam botol. Bilas ala kadar je badan.
Lepas tu singgah dekat satu surau berdekatan untuk solat asar, alhamdulillah sangat, ada shower room yang sangat selesa dan besar plus takde orang pun dekat situ. So this weekend pilih Teluk Kemang.

Cara nak pergi dari Kuala Lumpur :
CARA 1.
1. Dari KL Sentral – naik KTM kearah Sungai Gadut/Pulau Sebang dan turun stesen Seremban.(RM 7.40)
2. Dari ktm Seremban boleh jalan je ke Terminal One(Terminal bas Seremban).Ha dekat sini tricky sikit. Kena cari laluan pejalan kaki beratap , jalan dalam 3 minit ikut laluan tu lepastu lalu atas satu jambatan kecil, masuk terowong bawah tanah , jalan straight then belok kanan …dah sampai. Jalan lebih kurang 10 minit je.Kenapa tricky? Sebab takde apa apa signboard tunjuk arah ke Terminal One tu. Tanya orang je….orang Seremban peramah ^^.

![]() |
Laluan terowong bawah tanah tersebut. huhuhu.... |
3. Dah sampai Terminal One boleh ambik bas dekat
lane hujung sekali ke Port Dickson terminal. Bas nombor T30A ,T30B.( RM 4).
Boleh cek dekat link ni http://www.mppd.gov.my/ms/mppd/pusat-media/pengumuman/operasi-perkhidmatan-mybas-cityliner-dan-bas-ekspress-di-terminal-bas
4. Dah sampai terminal bas Port Dickson, tunggu bas
pulak Ke Teluk Kemang nombor T32. (RM 2.50).
CARA 2
1. Dari TBS beli tiket bas ke Terminal One Seremban.
Harga pelbagai tetapi below RM10.00.
2. Dari Terminal One boleh follow step ke 3 sampai
4 untuk ke Teluk Kemang.
![]() |
Terminal One Seremban . pandangan lepas keluar dari terowong |
On that day, sebab dah tak sabar sangat nk masuk dalam laut,
I allz ambik grabcar dari terminal bas Port Dickson ke Teluk Kemang, RM17.
Kalau pergi ramai, better ambik grab kot sebab boleh tong tong and sampai lagi
cepat. Tapi balik dari Teluk Kemang I allz naik bas.
So dah sampai, apa lagi, pergi jalan jalan dekat gerai gerai
area tu. Saja la acah pelancong. Beli topi dgn t- shirt lepas tu terus pergi
photoshoot la dulu. Hehehe. Then masuk air ngam ngam pukul 12 tengahari. Panas terik
tapi best sebab air kaler hijau. Memang Nampak dasar.
Kalau nak lepak makan makan, jangan risau sebab Kedai makan pun banyak dan boleh sewa tempat duduk beserta khemah untuk yang tak nak mandi. Just lepak lepak tepi pantai ambik angin laut.
I allz gerak balik pukul 3 petang. Toilet cas RM 0.50 untuk
buang air dan RM 1 untuk mandi.
Tandas dekat area Teluk Kemang ni lebih selesa
dan dekat dengan pantai. Surau pun besar . Untuk lunch, makan cucur udang dan
laksa, konon nak masuk air balik tapi bila dah kenyang, mata pun dah berat. So tak
jadi. Siap siap tukar baju nak balik. Nak naik bas balik ke terminal bas Port Dickson, tunggu dekat bus stop depan sekolah tu.
![]() |
Last photo sebelum balik. Time ni air dah start surut. |
![]() |
Tunggu bas dekat bus stop yang bertentang dengan sekolah. |
All and all rasa berbaloi la pergi Teluk Kemang. Short trip kan. Mula mula
memang nak ambik hotel, tapi tukar plan last minute sebab ada hal lain besoknya.
Rasanya kalau datang lagi, maybe nak try tidur dekat Hotel Seri Malaysia sebab
lintas jalan terus pantai. Awesome. Boleh lah layan sunrise dan sunset.
Bas dari pd ke term no. berapaa
ReplyDelete