22 Tips ke Pulau Jeju korea

JEJU:

1. Nak senang faham map jeju, bahagikan kepada 4 bahagian. Boleh plan berdasarkan tempat yang nak pergi. Contoh:
Day 1- Udo do include seongsan illchulbong,sangumburi crater, majanggul cave, gimyeong seongsegi beach.
Day 2 - Seogwipo area
jeongbang fall, cheonjeyeon & cheonjiyeon fall, jusangjeolli cliff.
Day 3 - Hallasan dan jungang underground mall untuk shopping
Day 4 - cover area Hallim. Dekat sini ada pantai dan banyak muzium.

2. Untuk yang memang nak pakai public transport, better limitkan sehari 3 ke 4 destination je untuk pergi baru boleh hayati betul betul dan tak rushing.

3. Sewa kereta adalah pilihan paling murah dan effecient compare dengan naik bas atau ambil tour guide. Khas untuk yang nak backpack tp setiap pilihan ada pros & cons ok. Kalau sewa kereta,kesian pulak dekat member yang drive tu x dapat tengok kiri kanan dan fefeling bercuti.hehe.

4. Teksi di jeju sangat best. Bila berhenti, meter tak jalan ok. Dekat traffic light ke, tengah jammed ke.haha. jadi semua teksi akan berusaha hantar customer diorang secepat mungkin dan cari jalan yang paling dekat supaya diorang dapat grab next customer.

5. Save atau salin nama tempat yang nak dituju dalam bahasa inggeris dan korea siap siap. Kalau tak tau nak bagitau dekat bas atau teksi, boleh je tunjuk terus dekat diorang nama tempat tu.

6. Harga tiket bas dari satu tempat ke satu tempat dalam range 1300w ke 3300w. Jarak masa ada yang setiap 1 jam, ada yang setiap 15 minit.

7. Naik bas ada seat belt ok. Sila lah pakai sebelum kena sound. Cara orang korea tekan button bas untuk berhenti tak sama dengan kita. dah dekat baru nak tekan. Mereka akan tekan button bila bas berhenti satu stesen sebelum stesen yang mereka nak turun. Watch and learn.

8. Area jeju city hall ramai student sebab berdekatan dengan jeju national university. So jangan risau untuk tanya diorang dalam bahasa inggeris. Ajumma dengan Ajushi pun mesra.

9. Dekat seafood market@jeju 5 day market, kalau nak beli barang, jangan pegang sebelum betul betul decide nak beli. Contoh macam buah kita nak pilih. Sesetengah kedai owner memang tak bagi sentuh langsung. Nak beli, tunjuk je yang mane nanti diorang ambikkan.Kalau tak, diorang tepis je tangan kita sesuka hati sambil mulut dia pot pet marah.

Boleh try makan seafood dekat sini. Pilih seafood then boleh mintak diorang masak stim ke, sup ikan ke. air mineral dengan side dish adalah unlimited free. boleh mintak refill kalau nak lagi.

10. Antara area yang hidup malam ialah dekat jeju city hall, belakang baskin robbin/ dunkin doughnut. Sini memang port student, teens lepak malam malam. ada karaoke, cafe hipster comel, busker, kedai kosmetik macam innisfree, body shop,street food stall pun banyak. Careful. orang mabuk pun ada kalau dah lewat malan sangat. Rasanya sampai tengah malam pun havoc lagi.

11. Kalau datang berkumpulan, ada tempat yang lebih baik ambil teksi daripada naik bas. lagi cepat sampai dan bila bayar tong tong, harga lebih kurg je dengan naik bas.m

12. Untuk You & I GH, boleh book direct dekat website diorang, booking.com, agoda, etc. tapi untuk yang takde kredit kad utk buat direct payment, blh email dekat diorang tanya macam mana untuk walk in payment. Alamat email ada dekat website diorang.

GH advantage:
🌼Breakfast yang diorang provide roti, jem, butter, telur sukahati nak masak apa sebab ada ruang untuk masak sendiri, fridge boleh simpan makanan sendiri, kopi, jus.
🌼Wifi laju.
🌼Berdekatan public transport.
🌼Washing machine free dan sabun cuci pun disediakan. Mesin Pengering kain je kena bayar. Ada juga area untuk sidai kain.
🌼 Komputer dan internet access
🌼Lounge+ Tempat lepak
🌼Iron
🌼 Toilet dalam bilik even yang dorm style.
🌼Boleh sewa payung, charger, adapter, hiking tools.
🌼 Mekap room untuk yang nak guna hair dryer atau mekap.
🌼Dalam bilik ada private locker untuk setiap katil.
🌼 Tour guide package.
🙆 Staf sangat friendly. Siap boleh jadi free consultant untuk mana mana tempat yang nak dituju.
Dan banyak lagi.

GH disadvantage:
🍀 Tiada lif.

13. Kalau pergi udo island, wajib ambik speedboat pakej tu.Dan better spend satu hari dekat sini. Boleh ambil flyers udo do dekat airport dan cek masa operation feri. Ia berbeza mengikut bulan dan musim.
Harga tiket feri berbeza ikut classification. Return 5500w. Kalau nak bawak kereta ke sana return 21,600w.
- boleh try aiskrim+kacang dekat sini.
- ada 2 stesyen utk naik speed bot.
- sewa basikal
- sewa ATV- kena ada IDP
- Village tour bus
- All day tour bus - 5 stop.

14. Siapa nak daki hallasan melalui yeongsil trail, bas akan berhenti and drop dekat 2 tempat. 'Yeongsil entrance atau yeongsil ticket office. Tapi nak sampai ke tempat start mendaki tu, kena masuk dalam lebih kurang 2 - 3 km lagi. ( correct me if im wrong ) So, hitchike la dari entrance kalau x gigih nak berjalan masuk.

15. Sentiasa bawak botol air atau botol kosong. air ada dekat sinki je dalam toilet. So sebelum masuk, refill dulu air dekat singki okay.
Tapi air untuk minum pun penting jugak supaya badan tak dehydrate sebab banyak berjalan. So sebelum keluar, refill air mineral siap2.

16. Kalau nak beli street food macam ddukbokki tu, tengok dulu stall atau kedai tu ada jual pork skali ke tak. Selalunya diorang akan sekalikan dalam tempat ddukbokki tu, soondae ( darah pork yang dah dibekukan so nampak macam daging). Be very careful ok.

17. Ada banyak kedai Cmart macam 7e tu. Boleh tpup Tmoney dan beli banana uyu atau bokkeumbap ( nasi segitiga yang balut dengan seaweed) tapi cek ingredient nasi tu. dia ada tulis tuna, chicken, pork, kimchi dalam hangul la. tak tau baca, takpe. Save dalam phone atau buku nota macam mana diorang tulis pork dalam hangul k.

18. Nak beli tiket flight ke jeju. Paling senang dan murah kalau nak naik airasia: dari Malaysia ke Busan. Dari Busan naik flight ke jeju. Boleh pilih Air busan, easter jet, jeju air, korean air. Kalau beli time promo boleh dapat below RM200 return. pastikan masa dari busan ke jeju tu ambil lewat 1 jam atau lebih Just in case flight dari Malaysia delay ke apa. Contoh : 7am tiba di busan. Beli lah tiket ke jeju pukul 9am atau 10am.
*Update : Dah ada direct flight Airasia dari KLIA2 ke jeju. Untung la sape nak pergi sekarang 😂😂


19. Tmoney harga 2500w + 30,000w tpup. So byr 32,500 je time beli tu. Tapi nak tpup lebih pun takpe. Nanti kalau ada balance boleh beli makanan atau brg lain dekat Cmart tu bayar pakai Tmoney je.

20. Ada beberapa hotel yang sediakan prayer room Contohnya: Kenshington jeju hotel dan WE hotel. Lagi satu di jeju islamic center. Tapi jangan risau. Kalau nak solat, cari je tempat yang tak ramai orang lalu lalang dan bentang la apa apa yang bersih untuk alas. Kiblat- download apps arah kiblat siap2. Kalau boleh apps tu ada provide international waktu solat sekali.

21. Apps yang wajib download untuk traveller:
- arah kiblat
- currency converter
- google translate
- google map

22. Jeju tiada train ye dan tak boleh tidur di airport pada waktu malam. Airport dia tutup waktu malam.


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trip ke Port Dickson dari Kuala Lumpur menaiki public transport.

TRIP KE MELAKA DAY 2