Backpack ke Jeju RM1600



Assalamualaikum.

Just nak share one of my pecious travelling experience ke Jeju dan Busan on 4 September 2016 until 9 September 2016


1st Day
Start gerak dari klia2
4/9/16. Flight pukul 1 pag. sampai busan pukul 7 pagi..
turun busan then tunggu flight pegi jeju dlm sejam.10 minit nk gerak baru que masuk flight ke jeju.masuk flight dlm 10 minit pastu dorg serve jus oren. marvelous. buat alas perut.awal lagi. Dalam 45 minit dh sampai jeju. yey!

 Terus pegi dekat information kaunter untuk minta map bahasa inggeris. Sebelum keluar airport tu ada satu kedai macam 7e. Pegi situ untuk beli TMONEY. Function dia sama macam kad TnG. Harga kad 2500w. Tpup terus 30,000w utk transportation. Sebab kejap lagi nak naik bas kan. Kalau kad ni dh habis kat kedai tu, jangan risau. Relax. Tukar duit kecil 10,000w.Atau beli lah something like banana uyu ke.Untuk dapatkan duit kecil nak naik bas. Rate harga tiket bas dari 1000w-3300w. Biasanya 3300w ni kalau jarak perjalanan sejam.Macam dari jeju city hall ( jeju sijong) nak ke seogwipo.

Next step, tunggu bas untuk ke guest house. Kalau nak senang untuk naik public transport, pilih guesthouse atau hotel yang berdekatan dengan jeju city hall atau jeju terminal. We choose You & I GH based on previous traveller reviews. Most of the bus yang kitorang nak naik memang berhenti dekat bus stop depan ĞH ni.

Dari airport, tunggu bas nombor 500 dekat depan Gate2. Kekadang bas ni berhenti kedepan sikit atau belakang sikit. So kalau nampak bas ni berhenti depan airport tu, terus terjah and cakap dekat pemandu tu " jeju city hall juseyo". Kalau dia geleng, tunggu next bus. Maybe time tu dh time rehat dia. Think positive. Hahaha.

* Jangan confuse antara jeju city hall
 dengan jeju city centre. Lain okay.
Turun bila dia announce jeju city hall.

U&I GH ni belakang deret kedai baskin robbin+ dunkin doughnut. Signboard dy pn dh tak berapa nampak. So time mencari tu sila pandang 360 darjah. Semua orang kena main peranan lah baru semua benda jadi senang and fun.

We allz sampai dalam pukul 1 camtu then dapat check in awal.Letak beg terus plan nak pegi mana. We allz buat iti hari first ni flexible nak pegi mana2 once dah sampai, sebab just in case ada flight delay ke, sesat ke.

1st Destination - Woljong ri beach.
Ambil bas dari midpoint yang staf GH bagitau. Kena jalan sikit.Jarak masa 1 jam.Kalau tak sure nak naik bas apa, boleh tanya je dekat kaunter GH.Diorang sangat friendly and boleh speak in english. Diorang akan bagi suggestion yang bersesuaian dengan korang. Dont worry.

* Jangan lupa cek masa last setiap bas untuk destination korang. Contoh: gerak naik bas dari GH pukul 3 ptg. Sampai dalam pukul 4 ptg. Ada masa untuk sightseeing 2 jam.Bas last pukul 7 malam. So nanti takdelah terlepas bas atau terkejar kejar nak pegi bus stop.

Balik dr woljong-ri beach and Sampai jeju city hall terus cari tempat makan. Belakang GH ni ada satu tempat makan halal. Baghdad Cafe. Berpusing jugaklah mencari. Harga standard lah 30,000krw sorang. Sila convert dgn penuh perasaan.Hahaha. Insaf kejap.

2nd day - seogwipo

Hari ni nak cari air terjun.
✔Jeongbang
✔cheon ji yeon
🙆cheon je yeon

🤓Jusangjeolli cliff

Turun dekat Seogwipo bus terminal then tukar bas untuk ke jeju icc. then nanti masuk dkt dlm bangunan bulat tu and keluar ikut pintu blkg. nanti jumpa route utk ke jusanjeolli cliff. Tiket masuk utk entrance 1000 utk teens sampai umur 24 tahun. siapa umur dah lebih tu adalah adult ok. so harga lain.

cheonjeyeon fall pulak hanya akan fall bila hujan. fees 1800w jugak. jadi kalau nak pergi jugak, sila pastikan sebelum pergi tu ada hujan yang lebat. kalau x, dtg tengok batu jelah.haha.

cheonjiyeon fall paling best kot( for me lah.) sebab air dia terus jatuh kat dalam laut. Air merecik kt muka. boleh tengok dalam video klip lagu kyuhyun - suju ft taeyeon - snsd ( samdasoo)/ taeyeon - jeju island.

Jeongbang fall kena jalan masuk dalam sikit. tapi tak boleh pegi bebetul bawah air terjun tu. tengok dalam jarak 100 meter jelah.tiket masuk 1000 utk yg 18- 24 tahun.sila tnjuk passport k. Kalau x diorang akan charge adult fee utk yg above 24 years old and senior citizen charge lain.

Gerak balik pegi Jeju 5 day market. Pasar ni bukak sampai pukul 10 malam.dekat depan diorang jual seafood tapi belakang tu ada restoran diorang. boleh pilih seafood yg berminat then suruh la dorg masak kukus ke. sup ke. kalau tak tau nak masak macam mana nanti diorang bagi suggestion.we allz order udang steam -10,000w, sup seafood pedas yang tak pedas pun
haha. -12,000 w, nasi 2 mangkuk - 2000w. Nasi diorang cepat kenyang tau. Mula mula we all ambik nasi sorang satu tapi lepas tu masing masing tak larat nak habiskan. Haha. Lesson learnt. Air masak free unlimited refill. sayur 3 jenis free unlimited refill. sayur dia kimchi, lobak putih jeruk😚 and sayur bayam korea jeruk gak. sementara tunggu order, sayur2 ni jadi appetizer. habis dulu.😂.

* kalau nak makan ikan mentah yang ala sashimi tu, kena makan dengan sos gochujang ( sos yang tak tahu halal ke tidak) so tak jadi order.

balik GH dah pukul 10 malam. pengsan. ready untuk dera kaki esok pulak.

3rd day- udo do

gerak dr GH Pukul 7.30 lepas breakfast.
naik feri pegi balik harga tiket dari jeti 5500w. sampai je kat dalam tempat beli tiket tu, isi kad warna putih yang ada kat kaunter tengah then baru beratur untuk beli tiket ok. be efficient. kalau tak, penat je beratur lama lama pastu kena pegi isi pulak.bajet setengah hari kt udo island. tapi rasa macam kena tidor sana je. tak cukup setengah hari.cantik.and banyak tempat nak pergi .haha😁

sampai sana boleh pilih pakej
🌼basikal 10000w per head-3 jam
🍀bas tour- village.ticket 8000w per head
🌼bus tour - all day.5 checkpoint 10,000w
🍀bawak keta sewa sendiri
🌼ATV-25000w per head.IDP required.

Please naik speedbot 10,000w per head dkt sini. kalau tak, kurang bermakna pegi udo.haha. Ni aktiviti utk yang limited time.

Balik dari udo terus pegi seongsan ilchulbong. kena mendaki tau. fees 1000w - teens price. children and senior citizen free.

then next sangumburi crater.naik cab dari seongsan ilchulbong. sebab takde bas masuk ke entrance dia.ada dalam 2km la jugak dari bus stop ke entrance. nak keluar make sure la ada book teksi siap2.or sekarang kan dah ada uber and grab tapi tak tau lah kalau kat sana dah ada ke belum. Boleh try.

Dalam pukul 8 malam sampai jeju si, terus pergi seafood market untuk dinner. why asyik makan dekat sini je? sebab rasa berbaloi dengan apa yang dibayar. tapi kalau sesiapa yang sewa kereta, boleh try beberapa restoran area jeju si ni yang halal sebab diorang serve seafood and vegetarian food only. tapi mostly diorang tutup awal, dalam pukul 8 - 9 malam dah tutup and selalu penuh.

4th day - hallasan/ halla mountain/ gunung halla.
Gerak awal. tak sempat breakfast sebab nak kejar bas pukul 6.30. keluar je GH terus tahan teksi depan tu untuk pergi jeju bus terminal. boleh je nak naik bas dari GH tapi sebab we allz more than 2, jadi staff GH tu suggestkan kitorang naik teksi. sebab boleh tong tong. harga sama je tapi lagi cepat dan selesa.hehe siapa tak nak.

sampai je terminal terus cari bas yang ke Yeongsil trail. ni trail yang paling senang tapi 2 jam jugaklah mendaki. bila turun, kaki menggeletar. haha. dah penat sangat kaki tu. 4 hari dah kena dera.
we allz lepak dekat atas tu dalam sejam setengah. lepas tu turun, Sampai GH dalam pukul 1. rest dulu. ada satu hari lagi esok dekat busan.

Malam kami pegi jungang underground mall. naik cab je sebab dekat and dah tak larat nak jalan. mall ni tutup pukul 10 malam jugak. so better datang awal. sebab pukul 9 pun ada yang dah start kemas2. ajumma dekat sini quite peramah and diorang suka la nak sembang sembang. kalau pandai sembang, boleh dapat diskaun untuk barang yang nak beli dekat kedai diorang.

5th day - Busan


turun je airport busan, terus cari hotel yang dah booking dari jeju. hotel ni book dekat booking .com and kitorang cari pagi sebelum check out dari U&I GH tu. cari yang dekat dengan airport sebab flight balik esok pukul 10 pagi. pukul 8 Dah kena ada dekat airport. so stay area sasang gu. naik train dari airport turun dekat stesen sasang. jumpa pilot korea handsome. omona.😂

Nasib baik boleh check in awal. pukul 10 pagi dah check in.letak barang dan jangan buang masa. keluar ambil teksi untuk ke train station. jumpa ajushi cab peramah yang suka yoo jae suk. haha.

Naik train ke taejongdae park. then Bas ke gamcheon ma wul@ gamcheon village. then terus ke jagalchi market untuk dinner.sebelah je dgn BIFF square so terus ke sini lepas makan. sini boleh try heottok famous,ais krim tinggi. and banyak la kedai kosmetik like innisfree, missha, bodyshop semua. boleh lah beli kalau nak buat souvenier. tapi we allz shopping benda benda ni dekat train station dia yang macam kl sentral tu. Siap ada diskaun lagi. memang barang tu like double price la kalau beli kat Malaysia. overhead cost agaknya.😁

last train tak sure pukul berapa. boleh cek dekat official website train diorang. tapi we allz gerak balik ke hotel naik train pukul 10 malam jugak. turun train terus ambil cab. sebab hostel kitorang dekat dengan train stesyen sasang gu tu and dh mlm, nk cepat nampak katil je.

Kalau nak pergi masjid busan, haeundae area ( hotel lagi murah dekat sini ), kena spent dalam 3 hari 2 malam at least. baru puas hati.

Pagi besoknya check out awal terus naik train pegi airport. Dua je kaunter air asia and berbarislah panjang. so sila datang awal. tak tau.lah kalau dah upgrade ada lebih dari dua. dekat sini pun ada kedai souvenir untuk sesiapa yang tak sempat beli. so boleh la ganti2 dengan member untuk jaga baris. hehehe

*Dari airport busan nk naik train line ke sasang gu tu kena beli koin kt mesin. x blh pakai tmoney. so masuk je pintu stesen train tu ad mesin koin. blh pilih bahasa jangan risau dan mesin tu for me quite user friendly. pastikan ada duit kecik.nanti sape yg nk stay area busanjin gu atau ke arah bandar kena lah tukar train k.

Total cost jeju busan september 2016



Flight kl-busan return RM 450
Beli setahun sblm pegi.no luggage no food.flight tgh mlm.tido la 6 jam. Air asia.

Flight jeju - busan return RM 190 : beli 3 bulan sblm pergi.naik air busan.

Makan bajet 50,000₩ sorg = RM 188

Hotel :
You and I guesthouse RM 62 per bed per night x 4 mlm = RM 248

Busan hotel area sasang gu satu mlm bilik utk 3 org RM 45 per head

Transport:

Tpup tmoney 50,000₩ = RM 188

Taxi +-10,000₩ sorg = RM 37

Emergency cost = RM 300


Total RM 1646 #


















Comments

Popular posts from this blog

Trip ke Port Dickson dari Kuala Lumpur menaiki public transport.

TRIP KE MELAKA DAY 2

22 Tips ke Pulau Jeju korea