TRIP KE MELAKA DAY 1

Assalamualaikum


I'm gonna share simple backpack trip to Melaka. Enjoy..

Day 1

Gerak dari TBS pukul 10 pg ke Melaka Sentral.
Tiket bas RM 10

Sampai je Melaka sentral terus cari bas ke bangunan merah. Ada beberapa bas yang akan lalu sini. Boleh google website melaka sentral untuk cek route dan masa bas. Kalau nak lagi confirm boleh tanya dekat information counter dalam Melaka sentral tu.

Sampai bangunan merah, turun dan boleh search hotel atau guesthouse along melaka river. Decent guesthouse you can get as low as RM40 per night per bed or per room. Kenapa nak stay sini? Sebab dari sini boleh pegi banyak tempat jalan kaki je. 

Melaka river cruise, A famosa, Bangunan merah, Jonker Street, Dataran Pahlawan, etc. Rate akan berbeza ye untuk hari biasa, hari minggu atau cuti umum. Nak lagi senang booking awal awal. Selalunya dekat booking.com senang sikit sebab bagi sesiapa yang tiada kad kredit boleh search hotel 'pay later upon check in'. So bayar time dah sampai sana je okay.

Jalan dari Jonker street sampai hujung semua hotel penuh sebab tak booking awal awal dah tau nak datang time public holiday. Haha. Check in Sayang Sayang Youth Guesthouse walk in time public holiday RM90 per room. Kalau hari biasa RM50 je. Sila Nangis. 
Check in jelah. Dah tak larat nak cari. Guesthouse ni dekat dengan roundabout dekat bangunan merah tu. Dekat bawah ada pantry, boleh masak air panas, mineral water filter. Toilet sharing basis dekat atas belakang. My room facing the road. Ada beranda kecik. Just nice.

Lepas letak beg, rehat kejap then pukul 2.30 pegi cari makanan untuk lunch. Jalan sampai Dataran Pahlawan dalam 15 ke 20 minit sambil selfie. Hahaha.

Lepas lunch terus la jalan jalan. A famosa tak masuk sebab dah pernah masuk several time before so tangkap gambar dari pintu gerbang jelah. Nak sampai atas tu kena panjat tangga. Be strong okay.

Dah habis pusing semua, lepak dekat depan sungai melaka nak tunggu naik cruise pukul 7. Tunggu lampu bukak sebenarnya sebab naik malam lagi lawa dan awesome. Beli tiket sebelum nak naik. Contoh, target nak naik pukul 7 malam then beli lah pukul 6.30 petang. Yes memang beratur panjang terutama time public holiday tapi jangan risau, staf tiket tu sangat efisyen. Kejap je dah settle. Then dah dapat tiket pergilah tunggu bawah khemah untuk next turn. Student sila bawak card student untuk dapat diskaun.

Tips: nak view best sila duduk depan sekali. Tapi bersedialah untuk merasa water splash experience daripada air sungai Melaka. Confirm basah. Hahaha.

Balik je jeti terus balik bilik jap. Kalau nak terus pegi Jonker street pun ok. Dekat je. Malam area jonker street quite havoc. Taklah havoc macam dekat konsert tapi fun untuk ambil night life feeling dekat Melaka. And this trip was during Gong Xi Fa Cai so banyak lah mercun yang meletop letop. Sampai bilik dah pukul 11 malam. Wifi laju pulak dekat GH ni. Layan movie la jawabnye.

Total Day 1- RM 131.40

1.Touch & Go bas dr melaka sentral ke bangunan merah RM 1.20

2. HoteL RM90 per night. Wèekday rate RM50.

3. Air mineral RM 1.50.

4. Makan dekat food court Dataran Pahlawan RM13.00 & Minum RM 2.70 teh ais.

5. Melaka river cruise RM15.90. dewasa.

6. Maggi RM2.80 dinner sebab malas nak pegi cari kedai makan dah.

7. Coconut shake RM4


Comments

Popular posts from this blog

Trip ke Port Dickson dari Kuala Lumpur menaiki public transport.

TRIP KE MELAKA DAY 2

22 Tips ke Pulau Jeju korea